wanita itu umpama pohon semalu...
1) pohon semalu akan menguncup apabila disentuh. wanita harus ada sifat malu, sifat malu yang kena pada tempatnya.
2) pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan dirinya sebagai wanita muslim..
3) pohon semalu bertunjangkan akar yg kuat mencengkam bumi. wanita haruslah mempunyai keterikatan yang kuat dengan ALLAH..
4) pohon semalu akan kuncup sendiri apabila menjelang malam. oleh itu, para wanita sekalian, pulanglah ke rumah saat senja menjelang..
ambillah iktibar daripada sekecil-kecil makhluk ALLAH ini..
sumber : risalah aN-nUr ,Bumi Assharifah...
Saturday, May 2, 2009
manisnya bergelar wanita..
Posted by Amal ina at 6:28 PM 0 comments
muhasabah diri
Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
- Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
- Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
- Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
- Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
- Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
- Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
- Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
- Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
- Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
- Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :
- Hubbul dunia (kasihkan dunia)
- Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
- Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
- Zuhud dengan dunia
- Zikrullah
- Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
Posted by Amal ina at 6:23 PM 0 comments
Tuesday, March 17, 2009
about me..
hmm..
aper nak cakap ek..
ha.. nak introduce ma self ar..
sory ar.. lpe nak intro dulu..
name penuh.. x yah r cakap..
paggil una/ina jer..
14 tahun.. besday blan 8..
puteri assharifah..
smka sharifah rodziah...
budak hostel..
lahir kat klate..
anak first.. ader 2 org adek laki..
sorang adik pompuan..
sayang korang..
even slalu gadoh pon..
someone yg suker menulis..
kelemahan.. x brape confident..
aper lagi ek...
x der da kot..
ok ar.. nak tido..
salam...
Posted by Amal ina at 11:05 PM 5 comments
Monday, March 16, 2009
aq= couple??
caye x, aq x pernah couple seumur hidup aq.. tapi aq manusia biase, masih ad perasaan. aq x nafikan, aq pernah suke someone. tapi ntah r.. aq slalu kata pada diri sendiri.. kalau gatal nau nak couple, nikah je terus... mak aq pon slalu warning.. bljar dulu.. jgn gatal nak couple.. memang lumrah hati remaja untuk suker pada yg berlainan jantina. tapi ingt nabi pesan, lawan nafsu.. bukan layan.. aq pun masih muda lagi.. banyak lagi Ilmu Allah yang aq perlu kejar.
hmm.. lagipon hukum couple kan haram.. kenapa? cuba kita fikir, Allah berfirman, La taqrabu zina
(jangan mendekati zina).. bukannya jgn buat zina. lagipon zina tu ada banyak.. aq x terer sangat bab2 cam ni. nak tau, refer pada web ni.. www.iluvislam.com..
oklar, last nak minta maaf kalau ada yg terase. bukan niat nak memburukkan.. just supaya kita sama2 berubah. dari yg kurang baik kepada yang lebih baik.. insyaAllah..
setitis ILMU bisa mencairkan selautan kejahilan
yang bersarang di pelupuk rona hati..
Iman i2 dinding TAQWA..
sedangkan taqwa i2 perisai hati..
yang memusnahkan pastila nafsu..
dilayan jangan, dilawan pun jangan...
dididik mesti..
whatever happen,
IKHLAS menjadi penawar..
Posted by Amal ina at 11:24 AM 9 comments
Sunday, March 15, 2009
welcome..
Salam... First, nak wish 'welcomes to my blog'.. thanks a lot pada yg masok..
Posted by Amal ina at 1:46 PM 0 comments